Al-kisah


Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung dalam tahun 1901. Bangunan sekolah yang dibina hanyalah sebuah pondok beratapkan nipah dan berdindingkan papan sahaja. Sekolah ini telah mula dibuka pada tahun 1902. Pada awalnya hanya terdapat seramai 32 orang murid dan 4 orang guru.

Guru Besar yang pertama ialah Encik Samad bin Januddin. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1909 hingga 1921.Pada tahun 1950, sebuah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah.

Pada tahun 1978, sebuah lagi bangunan telah dibina. Bangunan ini menempatkan Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan dan Pejabat Sekolah. Pada tahun 2001 sekolah ini juga mendapat dua blok bangunan 4 tingkat yang baru. Dari sekolah beratapkan nipah dan berdindingkan papan, ia kini telah berubah wajah. Di bawah kepimpinan En. Ahmad b. Hj Ali, SKPP telah telah terpilih untuk 'Sekolah Harapan Negara' bagi tahun1993.

Sejak diasaskan pada tahun 1901 sehingga ke hari ini, seramai 21 orang Guru Besar lelaki dan 2 orang Guru Besar perempuan telah berkhidmat di sini. Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan terulung di Pasir Panjang, SKPP telah menabur bakti kepada masyarakat setempat dan juga telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya mencapai potensi yang membanggakan dalam bidang akademik mahupun di arena politik atau korporat. Terkini SK Pasir Panjang diterajui oleh En Ahmad Zabrin bin Zainal.



LENCANA SEKOLAH DAN LOGO SEKOLAH



PENGERTIAN
BENTUK

Keris                      : Lambang keagongan / kebesaran negara berpelembagaan  
                                             dan semangat patriotik kepada Negara.
            Bulatan                 : Merangkumi segala aspek secara global.
            Perisai                   : Semangat jati diri.
            Lima Gelung        : Olahraga dan bersatupadu.
            Buku                     : Lambang akademik.
            Lima jari kiri          : Pegangan sahsiah diri berdasarkan Rukun Islam
            Dan kanan              dan Rukun Negara.
Tiga batang tiang : Berteduh di bawah naungan Jalur Gemilang serta Bendera 
 di kiri dan kanan    Negeri Sembilan.

WARNA
Warna Biru            : Sentiasa tenang menghadapi apa jua cabaran.
Warna Kuning     :  Warna kebesaran raja.
Warna hijau         :  Kebesaran Agama Islam
Warna merah      : Sentiasa bersemangat tinggi dan mendokong moto sekolah.

MOTO
Berdisiplin            : Sentiasa Berdisiplin  walaupun di mana jua.
Berilmu                 : Terus menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat.
Beriman                : Bertaqwa kepada Allah swt.


     LAGU SEKOLAH

Ku Genggam Cita Murni

SKPP sekolah kami
Bangunan tinggi terserlah indah
Pembangunan negara Malaysia tercinta
SKPP akan maju jaya.

Dengan semangat sejati
Kami genggam cita-cita murni
Untuk belajar dengan sepenuh hati
Kami berikrar dan berjanji

Guru pemimpin kita
Nadi nusa dan bangsa
Hayatilah Falsafah Pendidikan Negara
SKPP akan maju jaya

Bestari, cemerlang
Berilmu, beriman
Teguh yakin hadapi cabaran
Berdisplin, berbakti, berusaha, berbudi
Kami berikrar dan berjanji

No comments:

Post a Comment