Kurikulum



VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang akan menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang menjelang 2012.

MISI SEKOLAH
Membangunkan potensi  individu melalui pendidikan yang berkualiti.

MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan,  berktrampilan dan sejahtera di dunia dan akhirat.



OBJEKTIF SEKOLAH
·                  Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada murid, ibu bapa serta
                     komuniti.
·                  Mempertingkatkan prestasi akademik murid dalam semua subjek 
                   samada dari segi kualiti mahupun kuantiti.
·                  Memastikan semua murid dapat menguasai 3M sebelum berada di
                    Tahap 2.
·                  Mempertingkatkan pencapaian sekolah dalam aktiviti kokurikulum 
                   sehingga ke peringkat kebangsaan.
·                  Menyediakan murid, guru dan staf sokongan dengan program-
                   program bina insan untuk membentuk sahsiah diri yang bersih dan 
                   sihat di segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
·                  Menyediakan persikataran yang bersih, selamat, kondusif dan ceria 
                   kepada semua warga sekolah.

MOTTO SEKOLAH
            “ Berilmu, berdisiplin dan beriman”


PIAGAM SEKOLAH
·                  Memberi perkhidmatan yang terbaik menerusi pengurusan yang 
                   cekap,cepat serta adil.
·                  Memberi maklumbalas tentang perkembangan pelajar dari semasa ke 
                  semasa kepada ibu bapa / penjaga.
·                  Membudayakan persikataran kerja yang kondusif, selesa, selamat, 
                   bersih dan ceria kepada semua warga sekolah.
·                  Mengamalkan perkhidmatan yang telus dan tulus.
·                  Menyediakan peluang dan kemudahan secukupnya untuk 
                   perkembangan bakat pelajar melalui aktiviiti kokurikulum.
·                  Memberi didikan duniawi dan ukhrawi dalam usaha melahirkan 
                  pelajar yang cemerlang.


BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
·                  Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan beliau.
·                  Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
·                  Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan           
                   pentadbiran kurikulum.
·                  Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi 
                   sekolah-  sekolah yang ada sidang petang.
·                  Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti kurikulum.
·                  Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan  
                   pengurusan sekolah.


SENARAI TUGAS KETUA PANITIA DAN PENYELARAS  
 
·                  Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
·                  Melantik AJK.
·                  Merancang aktiviti dan program kecemerlangan akedamik.
·                  Mengadakan bengkel BBM.
·                  Mengadakan perkembangan staff.
·                  Membuat agihan tugas kepada AJK
·                  Menyediakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
                    terkini.
·                  Membuat perancangan strategik.
·                  Membuat laporan selepas aktiviti dijalankan.
·                  Menjalankan tugas-tugas lain yang diluluskan oleh Guru Besar.

No comments:

Post a Comment